me & you

me & you

Thursday, 5 July 2012

Nur Farzana Khalis Bt Mohd Fauzi

Ahli keluarga kami yg baru


Inilah yg di tunggu-tunggu setelah 39 minggu emi mengandung, akhirnya permata hati penyeri hidup keluarga emi lahir juga. Bayi perempuan, seperti yang emi dan En. Fauzi harap-harapkan, boleh buat kawan Hamizan (sekarang kena panggil Abang pulak..  :-D)

Si comel ni diberi nama Nur Farzana Khalis, bermaksud cahaya, bijaksana, dan ikhlas murni. Harapan emi dia membesar sihat dan menjadi seperti maksud pada namanya. Sentiasa memberi sinar cahaya pada sekelilingnya, bijaksana membezakan sesuatu dan hati sentiasa ikhlas dan murni. Memang itulah harapan emi dan En Fauzi yg sangat-sangat bersyukur atas kehadiran insan baru ini.:-)

Sebenarnya emi dah mula rasa sakit petang minggu (27 Mei 2012) setelah balik dari kenduri kampung di Bukit Kucing. Tapi emi ignore aje, sebab takdelah sakit sangat. Bila malam sakit makin kerap, emi cuba lagi bertahan. Sakit makin kerap jam 4am (28 Mei 2012) dan En Fauzi dah tanya kalau emi nak pergi ke hospital ke masa tu. Emi masih boleh tahan sakit, jadi emi geleng. Bukan emi tak mahu pergi ke hospital awal, cuma macam - macam emi pikir kalau pergi hospital masa tu. Kesian pula En Fauzi kena tunggu pagi-pagi buta kat hospital sedangkan emi masih boleh tahan sakit lagi. Bila dah jam 6am terasa sakit sangat sehingga emi menangis, barulah En Fauzi bergesa ajak ke hospital. Jadi lebih kurang 6.30am emi bergerak ke hospital dari rumah mama. Sampai di hospital terus emi ditolak ke labour room dan emi selamat bersalinkan Khalis jam 7.13am pada 28 Mei 2012. Memang singkat masa, tapi kena marah jugaklah dengan nurse kat sana datang lewat sangat. Abah pun cakap mujur emi tak bersalin dalam kereta aje. :-P


sleeping beauty
Bawah ni emi post serba sedikit gambar kenduri Aqiqah & Cukur Jambul Khalis, selepas Khalis berusia 20 hari pada 16 Jun 2012. Memandangkan hari tu juga harijadi Hamizan, jadi emi buat sekali sambutan Harijadi Hamizan yang ke 2.

Muffin dlm doorgift

Coklat yg emi & mama buat utk letak dlm doorgift gak

Kumpulan Marhaban Tmn Sg Sireh & Khalis dlm buaian tu.  :-D   



Tiba masa rambul Khalis digunting

Emi & En. Fauzi sepasang biru, Hamizan ade kt bawah, ikut je mana mama & papa pegi.. hehe


Berendoi

Mama & papa kena duduk depan utk endoikan Khalis lah..

Nur Farzana Khalis lena tidur..

Kek Boboiboy utk Hamizan

Hamizan sgt teruja, xsabar nk potong tu.. Mama yg sibuk2 nyanyi lagu harijadi  :-)

Kita kasi potong sama itu kek.. hehe..

budak-budak kerumun nk rasa kek mizan, (sebenar ye diorg teruja dgn Boboiboy tu..) :-P

"saya dh jd Abang..."

" Sayang mama.. "






No comments:

Post a Comment