me & you

me & you

Monday, 9 July 2012

Khalis lagi... :-)

Majlis berkhitan beramai-ramai

Salam sayang semua,
Seminggu selepas kenduri aqiqah Khalis, Surau Al-Muhajirin, surau di Tmn Sg Sireh buat majlis berkhitan bayi perempuan secara beramai-ramai. Khalis turut serta dan seramai 20 peserta yang hadir Khalis menjadi bayi pertama disunatkan. Majlis dirasmikan oleh YB Dr Halimah, dan dimeriahkan oleh seluruh penduduk sekitar Tmn Sg Sireh dan Kg Delek.

Dia tidur saja  :-)

Khalis aje yg masih dalam pantang kat sini

Nangis sikit jer.

Kini Khalis dah usia 41 hari, agak-agaknya emi dah lepas pantang. Rasa cepat je Khalis dah sebulan lebih. Lagi 2 minggu nak sambut bulan Ramadhan pulak, lepas tu raya.. isk..isk.. Cepat betul masa berjalan. Tak sabar rasanya nak shopping baju raya Khalis & Hamizan. Mesti bertambah meriah raya tahun ni. 


Hamizan pula dah pandai sayang adik, selalu dicium-ciumnya Khalis. Dia sikit pun cemburu tapi bila emi atau En Fauzi pegang Khalis, Hamizan akan dekat minta kita layan dia sekali. Macamana kita layan Khalis, macam itulah Halizan minta layan dia. Bila Khalis menangis, Hamizanlah orang yg paling sibuk tolong tepuk-tepuk Khalis. Comel sangat tengok budak-budak ni. Rasanya biarlah begini selalu, emi suka tengok Hamizan begini. Ade rasa sifat pelindung pada adik Khalis, dan mula berdikari. Harap-harap sifat yg ade pada Hamizan kekal hingga Hamizan besar.. :-)

No comments:

Post a Comment