Salam semua,
Sekarang kita sudah melangkah ke tahun baru 2012, rasa masa berlalu terlalu cepat. Terasa macam baru semalam Hamizan lahir, tapi tanpa emi sedar dah setahun 6 bulan perkara itu berlalu. Cepatnya, pejam celik, pejam celik dah masuk 2012. Sambutan tahun baru ni emi tak ke mana pun. Cuma duduk di rumah dan tengok bunga api di TV jer. En Fauzi kerja hari ni, kesian pula nak ajak keluar balik lewat malam.
Malam tadi En Fauzi belikan emi durian, dia ni macam tau-tau jer tekak emi nak durian. Hehe.. Dapat durian Musang King pula tu, memang sedap. Harganya sekilo RM 15, murah ker? Entah lah, emi tak tau pulak harga main kilo-kilo ni. Mahal atau murah tak kisahlah, emi beli pun sebiji jer durian Musang King ni, buat rasa. Harga selepas timbang RM 20.80, mahal lah tu. Sebiji je dah 20 henggit!! Lepas tu emi amik 2 biji durian kampung, sekilo RM 3, lepas timbang yang 2 biji tu jadi RM 10. Total malam tadi durian 3 biji ialah RM30. Ish.. Ish... hehehe
Sampai jer rumah terus amik parang, buka durian. Tak sabar betul nak makan durian mahal ni, sedap sangat ker sampai harga dia mahal sangat. Tapi En Fauzi nak makan duarian kampung dulu, dia kata Musang King tu biarlah buka last sekali. Iyelah, ikutkan aje kata En. Fauzi ni. Durian kampung yang dibeli isinya putih, tapi rasa cukup lemak manis. Sedap, kalau macam ni memang puas makanlah walaupun beli cuma 2 biji jer. Masalahnya nak menghabiskan 2 biji pun dah tak lalu. Macam mana nak makan Musang King pula?? Tamak betul tadi, sekarang dah tak larat. Hehehe..
|
Durian Musang King RM 20 sebiji. |
|
Banyak lagi.. |
Sudahnya emi amik bekas plastik untuk simpan baki durian kampung tadi. Seterusnya musang king pula untuk dibuka. Bila buka jer, isi dia kuning, elok terletak cantik dipangsa dia. Rasa memang cukup lemak, seeeedaaap sangat,isi tebal dan bijinya pun nipis. Patutlah harga dia boleh tahan, berbaloi dengan rasanya. Bagi emi yang gila dan hantu durian, sama dengan En. Fauzi memang sangat-sangat puas hati dengan durian ni. Tapi nak makn lebih-lebih perut dah kenyang, makan dua ulas pun dah cukup. Jadi emi simpan masuk dalam bekas baki durian tu, malam ni boleh makan lagi. hehehe..
|
Goodies (coklat) untuk Majlis Cukur Jambul Dania |
Inilah coklat yang emi tolong mama buat untuk Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Dania. Sebagai permulaan, boleh lah kot. hehehe.. Nak sedapkan hati sendiri. Maklumlah emi memang takde pengalaman buat coklat ni, setakat tengok orang buat pastu terus cuba buat sendiri. Bila dah siap emi puas hati dengan hasilnya, tapi tak tahulah apa orang komen bila makan nanti. Coklat ni belum siap bungkus lagi, nanti emi akan post macam mana rupa dia bila dah siap bungkus. Tapi kena tunggu kenduri 3 Jan nanti, hehehe..
|
Coklat dah siap.. :-) |