me & you

me & you

Friday, 23 September 2011

Jom Bolling!!!

Minggu lepas kakak En Fauzi datang dari Melaka, biasanya kalau dia datang dia stay rumah FIL di Telok Gong. Jadi hari sabtu minggu lepas, sampai jer En Fauzi dari balik kerja emi pun pergi rumah FIL. Seronokkan berkumpul ramai-ramai. Tapi bila sampai sana jer semua tengah bersiap-siap nak beraya di rumah Abg Hakim, rumah abg En Fauzi no. 2 di Telok Panglima Garang.  Nak tak nak emi kena ikut sekali, walaupun pakai baju t-shirt & seluar track jer. Hamizan & En Fauzi pn sama. Emi ingat setakat pergi rumah FIL malam-malam tak payahlah pakai lawa-lawa. Hehehe.. Takpelah, bukan nak pergi rumah siapa pun.

Balik dari beraya dah pukul 10.30 malam, adik bongsu En Fauzi (Mashita) pula ajak main bolling. En Fauzi ikutkan juga walaupun badan letih, balik dari kerja takde rehat lagi. Emi tak kisah, setakat tengok orang main bolehlah. Emi bukannya pandai main pun, kalau baling bola tu asyik masuk longkang jer. Baik takyah main, rugi bayar jer. Sampai di pusat bolling Klang Parade dah pukul 11, orang dah lengang. Sebenarnya lagi best main malam-malam macam ni, orang tak ramai. Kalau bola jatuh longkang pun takde malu sangat. Cuma kesian dekat budak-budaklah, terpaksa tidur lewat pulak malam ni. Rupa-rupanya Mashita dah bayarkan semua (9 individu) untuk 1 game, termasuk emi sekali.

Masing-masing bersiap sedia nak baling.. :-)
Hamizan suka sangat main angin yg keluar kat lubang tu.
"cak!!!!!"


Memang seperti dijangka, setiap kali emi baling bola mesti masuk longkang aje. Hish... malu..malu. Mujur ade Abg Iqram, suami kakak. Dia yang ajar macam mana nak baling bola. Sebelum ni ade juga dia ajar, tapi emi tak amik port sangat. Tapi kali ni emi tekad, dengar betul-betul apa yang dia bagitau dah akhirnya emi boleh baling dengan betul. Bangga & riak pula rasanya.. hahaha.. Bila dah terror baling ni, dah jarang masuk longkang, rasa macam sekejap sangat game habis, macam tak puas main pula. Abg Iqram pun tak puas baling bola agaknya, dia tambah lagi 1 game untuk semua player. Macam tau-tau jer abg Iqram ni. Best-best, kali ni emi memang baling betul. Point pun berganda dari sebelum ni, alah dah boleh kalau nak kalahkan En Fauzi. Hehehe.. Seronoklah sangat sampai xsedar jam dah pukul 1.00am. Mujur malam ni Hamizan takde meragam, elok jer dia pusing-pusing keliling pusat bolling tu.

Hehehe, dah terror tau....  :-)

Kenalah gilir-gilir jaga Hamizan, hehehe

Hamizan sibuk nak tekan-tekan skrin tu.

Mari kita tengok markah siapa yg paling tinggi


Sampai rumah jer lebih kurang pukul 1.30am, baru rasa mengantuk dan penat. Paling kesian tengok En Fauzi lah, dia yang penat sangat, takde rest langsung hari ni. Semestinya yang pasti pagi esok semua bangun lambat. hehehe.... ^,^

No comments:

Post a Comment