me & you

me & you

Saturday, 17 September 2011

Aidilfitri Minal Wafaizin

Alhamdulillah selepas sebulan berpuasa, kini kita boleh bergembira menyambut syawal. Meriah sungguh raya tahun ni, maklumlah beraya bersama-sama keluarga sendiri. Bukan tak meriah beraya dengan FIL tapi beraya kali ini lagi bermakna. Hamizan dah pandai macam-macam tahun ni, ragam irama dia pun dah kurang. Kalau nak 'compare' kan dengan tahun lepas (Hamizan menangis sepanjang jalan nak balik kampung) memang raya tahun ni lah yang best.

Lama sangat rasanya tak update blog ni, emi sibuk memanjang. Sepanjang raya ni jangan cakaplah, hari-hari keluar. Open house lah, kenduri kahwin lah. Memang tak ade masa nak mengadap laptop.  Tiap kali emi nak update ade aje halangan yer. Sudahnya tak ber'update' lh blog. Hehehe.. Ni baru ade masa terluang, baru boleh ngadap laptop lama-lama. Itu pun sebab Hamizan tidur & En Fauzi kerja kalau tak, mungkin keluar lagi kot hari ni. Ade jemputan harijadi lah pulak hari ni, sekali open house lh tu. Makan, makan & makan.. Macam mana nak kurus. Bulan puasa lepas dapat turun 3kilo, tapi bila raya ni agaknya dalam 2 minggu jer dah naik balik 3kilo. hish.. hish.. hish..


Pagi raya lepas solat sunat syawal, keluarga emi memang setiap tahun akan bergambar bersama-sama. Maklumlah semuanya baju baru, jadi time lah nak melaram. Cuma tahun ni Efi tak dapat bergambar sekali, kena kerja (24jam pulak tu). Tak pelah, tahun depan ade lagi.




Family Emi

Belakang dari kiri :- Mohd Izwan (abg ngah), Fify Nazniza (adik bongsu), emi, En Fauzi, Hamizan, Mohd Nazwa (abg long)
Duduk kerusi dari kiri :- Nooraizah (kak ngah), En Ngadiman (abah), Pn Siti Halijah (mama), Nurul Hafiza (kak long) 
Duduk bawah dari kiri :- Danny, Dariesyah, Danish, Dina & Dylan (semuanya anak buah)



Lepas sesi bergambar ni baru kami semua memohon maaf antara satu sama lain, budak-budaklah yang paling seronok time ni, dapat duit raya. Kita yang memberi ni pun rasa seronok tengok gak. Destinasi pertama pagi raya tu abah ajak balik kampung di Tanjong Karang. Tapi emi balik sekejap ke Telok Gong rumah FIL, beraya dan bermaafan dengan FIL dulu baru gerak ker Tanjong Karang. 
Tak sangka pulak jalan sesak sepanjang jalan, penat betul. Perjalanan yang biasanya 45min boleh jadi 2jam. Bawah ni suasana hari raya di Tanjong Karang.






Lama emi tak tengok sawah padi, sebab tu emi snap 2, 3 picture sawah. sejuk jer mata memandang. Petang raya tu mujur jalan dah tak sesak. Sampai rumah masing-masing dah penat, tapi memang seronok. Raya setahun sekali jer kan, tapi emi mungkin dua tahun sekali jer balik Tanjong Karang ni. Maklumlah kena bergilir-gilir & tolak ansur sikit dengan En Fauzi. Tentu tahun depan lain pulak cerita emi bila beraya di kampung En Fauzi. Apa pun emi ambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua zahir ataupun batin. Minta maaf banyak-banyak jika coretan emi ni ada yang terasa dan terguris. Emi mahluk Allah yang biasa, tak mungkin boleh lari dari buat kesilapan. Dan rasanya tak terlewat lagi emi ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.   :-)











No comments:

Post a Comment