me & you
Wednesday, 28 September 2011
Senyum sepanjang hari (",)
Salam semua.. Hari emi tak ade cerita nak kongsi pun, cuma nak post beberapa jenaka yang boleh buat kita tersenyum sepanjang hari. Kita sena selalu senyum untuk elak kulit muka cepat kedut. Kalau muka cepat kedut, maknanya cepatlah kita tua. Hehehe..Enjoy yer..
Tuesday, 27 September 2011
Bantulah adik Nur Hannah Mohamed Helmi
Salam semua, kat FB tadi ade member share link nie....sebagai blogger
rasanya tak salah kalau kita panjangkan email ibu kanak2 ini. Walau
wang ringgit tak mampu kita beri, dengan berkat doa kita semua
Insyaallah anak comel ini akan kembali sihat dalam dakapan orang tua
nya....nie emi lampirkan email dari ibu dia yea...
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
***********************************************************
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Ini
gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju.
Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat
saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula
ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor
menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan
melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya
dimasukkan melalui mulut.
Ini
gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan
melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU
kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini
gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk
menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah
atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
*****************************************************
sebagai seorang wanita yang juga seorang ibu....emi turut terasa sedih dan pilunya...
hanya
bantuan solat hajat yang ibunya perlukan....moga kita diberi ruang
walau sedikit untuk melakukannya....pohon kengkawan semua share email
ini....thanks...
Friday, 23 September 2011
Jom Bolling!!!
Balik dari beraya dah pukul 10.30 malam, adik bongsu En Fauzi (Mashita) pula ajak main bolling. En Fauzi ikutkan juga walaupun badan letih, balik dari kerja takde rehat lagi. Emi tak kisah, setakat tengok orang main bolehlah. Emi bukannya pandai main pun, kalau baling bola tu asyik masuk longkang jer. Baik takyah main, rugi bayar jer. Sampai di pusat bolling Klang Parade dah pukul 11, orang dah lengang. Sebenarnya lagi best main malam-malam macam ni, orang tak ramai. Kalau bola jatuh longkang pun takde malu sangat. Cuma kesian dekat budak-budaklah, terpaksa tidur lewat pulak malam ni. Rupa-rupanya Mashita dah bayarkan semua (9 individu) untuk 1 game, termasuk emi sekali.
Masing-masing bersiap sedia nak baling.. :-) |
Hamizan suka sangat main angin yg keluar kat lubang tu. |
"cak!!!!!" |
Memang seperti dijangka, setiap kali emi baling bola mesti masuk longkang aje. Hish... malu..malu. Mujur ade Abg Iqram, suami kakak. Dia yang ajar macam mana nak baling bola. Sebelum ni ade juga dia ajar, tapi emi tak amik port sangat. Tapi kali ni emi tekad, dengar betul-betul apa yang dia bagitau dah akhirnya emi boleh baling dengan betul. Bangga & riak pula rasanya.. hahaha.. Bila dah terror baling ni, dah jarang masuk longkang, rasa macam sekejap sangat game habis, macam tak puas main pula. Abg Iqram pun tak puas baling bola agaknya, dia tambah lagi 1 game untuk semua player. Macam tau-tau jer abg Iqram ni. Best-best, kali ni emi memang baling betul. Point pun berganda dari sebelum ni, alah dah boleh kalau nak kalahkan En Fauzi. Hehehe.. Seronoklah sangat sampai xsedar jam dah pukul 1.00am. Mujur malam ni Hamizan takde meragam, elok jer dia pusing-pusing keliling pusat bolling tu.
Hehehe, dah terror tau.... :-) |
Kenalah gilir-gilir jaga Hamizan, hehehe |
Hamizan sibuk nak tekan-tekan skrin tu. |
Mari kita tengok markah siapa yg paling tinggi |
Sampai rumah jer lebih kurang pukul 1.30am, baru rasa mengantuk dan penat. Paling kesian tengok En Fauzi lah, dia yang penat sangat, takde rest langsung hari ni. Semestinya yang pasti pagi esok semua bangun lambat. hehehe.... ^,^
Saturday, 17 September 2011
Aidilfitri Minal Wafaizin
Alhamdulillah selepas sebulan berpuasa, kini kita boleh bergembira menyambut syawal. Meriah sungguh raya tahun ni, maklumlah beraya bersama-sama keluarga sendiri. Bukan tak meriah beraya dengan FIL tapi beraya kali ini lagi bermakna. Hamizan dah pandai macam-macam tahun ni, ragam irama dia pun dah kurang. Kalau nak 'compare' kan dengan tahun lepas (Hamizan menangis sepanjang jalan nak balik kampung) memang raya tahun ni lah yang best.
Lama sangat rasanya tak update blog ni, emi sibuk memanjang. Sepanjang raya ni jangan cakaplah, hari-hari keluar. Open house lah, kenduri kahwin lah. Memang tak ade masa nak mengadap laptop. Tiap kali emi nak update ade aje halangan yer. Sudahnya tak ber'update' lh blog. Hehehe.. Ni baru ade masa terluang, baru boleh ngadap laptop lama-lama. Itu pun sebab Hamizan tidur & En Fauzi kerja kalau tak, mungkin keluar lagi kot hari ni. Ade jemputan harijadi lah pulak hari ni, sekali open house lh tu. Makan, makan & makan.. Macam mana nak kurus. Bulan puasa lepas dapat turun 3kilo, tapi bila raya ni agaknya dalam 2 minggu jer dah naik balik 3kilo. hish.. hish.. hish..
Pagi raya lepas solat sunat syawal, keluarga emi memang setiap tahun akan bergambar bersama-sama. Maklumlah semuanya baju baru, jadi time lah nak melaram. Cuma tahun ni Efi tak dapat bergambar sekali, kena kerja (24jam pulak tu). Tak pelah, tahun depan ade lagi.
Belakang dari kiri :- Mohd Izwan (abg ngah), Fify Nazniza (adik bongsu), emi, En Fauzi, Hamizan, Mohd Nazwa (abg long)
Duduk kerusi dari kiri :- Nooraizah (kak ngah), En Ngadiman (abah), Pn Siti Halijah (mama), Nurul Hafiza (kak long)
Duduk bawah dari kiri :- Danny, Dariesyah, Danish, Dina & Dylan (semuanya anak buah)
Lepas sesi bergambar ni baru kami semua memohon maaf antara satu sama lain, budak-budaklah yang paling seronok time ni, dapat duit raya. Kita yang memberi ni pun rasa seronok tengok gak. Destinasi pertama pagi raya tu abah ajak balik kampung di Tanjong Karang. Tapi emi balik sekejap ke Telok Gong rumah FIL, beraya dan bermaafan dengan FIL dulu baru gerak ker Tanjong Karang.
Tak sangka pulak jalan sesak sepanjang jalan, penat betul. Perjalanan yang biasanya 45min boleh jadi 2jam. Bawah ni suasana hari raya di Tanjong Karang.
Lama emi tak tengok sawah padi, sebab tu emi snap 2, 3 picture sawah. sejuk jer mata memandang. Petang raya tu mujur jalan dah tak sesak. Sampai rumah masing-masing dah penat, tapi memang seronok. Raya setahun sekali jer kan, tapi emi mungkin dua tahun sekali jer balik Tanjong Karang ni. Maklumlah kena bergilir-gilir & tolak ansur sikit dengan En Fauzi. Tentu tahun depan lain pulak cerita emi bila beraya di kampung En Fauzi. Apa pun emi ambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua zahir ataupun batin. Minta maaf banyak-banyak jika coretan emi ni ada yang terasa dan terguris. Emi mahluk Allah yang biasa, tak mungkin boleh lari dari buat kesilapan. Dan rasanya tak terlewat lagi emi ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. :-)

Family Emi |

Subscribe to:
Posts (Atom)