me & you

me & you

Thursday, 4 August 2011

Malang Hamizan

Apalah malang Hamizan hari ni, boleh pulak dia jatuh tertumus dari atas riba emi. Dahi terhantuk dengan lantai depan emi. Mungkin salah emi juga biarkan aje Hamizan mengantuk. Dia dah merengek-rengek minta emi tidurkan, tapi  emi boleh buat tak layan. Dalam mabuk nak tidur tu dia datang nak duduk kat riba emi, masa tu lah dia jatuh mengadap lantai. Dia menangis, meraung tersedu-sedan buat emi takut. Lagi takut bila nampak benjol besar kat dahi Hamizan. Sudahlah En Fauzi keja malam sekarang ni, emi tinggal berdua aje kat rumah. Pujuk-pujuk akhir yer Hamiizan tidur sendiri lepas penat nangis. Benjol tu makin bengkak, menakutkan emi. Mula salahkan diri sendiri, kalau emi tidurkan dia dari tadi takde lah jadi macam ni. Apa emi nak bagitau En Fauzi bila dia tanya kenapa cuai jaga anak. Dah memang salah emi..

Emi terus amik seterika, panaskan tuala kemudian tuam dahi Hamizan. Alhamdulilah lepas 30 minit emi tuam, benjol tu dah susut sikit. Besok ingat nak ajak En Fauzi bawa Hamizan pergi klinik, nak pastikan semua yer takde apa-apa. Emi betul-betul harap Hamizan takde apa-apa. Syang anak mama...

Hamizan tidur, tapi dahi dah bengkak besar
Lepas tuam, benjol dah susut

Wednesday, 3 August 2011

Ramadhan lagi (2011)

Hari ni dah 3 hari berpuasa, tapi baru hari ni dapat berbuka kat rumah sendiri. Puasa pertama En Fauzi ajak berbuka kat Telok Gong bersama FIL. Meriah lah juga, adik beradik lain balik berbuka sama-sama. Semalam pulak berbuka kat rumah mama sebelum abg long balik Sabah pagi tadi. Hari ni kat rumah sendiri, buka sorang- sorang pun. Hamizan tau mengacau jer dia. En Fauzi keja malam minggu ni, berpaksalah buka & sahur sorang-sorang. Dah nasib dapat husband keja shiff, kena faham waktu keja dia. Bila dah makan sorang-sorang macam ni, emi memang tak masak. En Fauzi dah tentu berbuka kat tempat keja, jadi penat jer nak masak makan sorang-sorang. Biasa yer En Fauzi belikan lauk berbuka emi di bazar sebelum dia pergi keja, emi kat umah cuma masak nasi jer. Bukan malas, tapi penat masak jer yang makan yer kita sorang-sorang. betul tak??

Macam biasa tiap-tiap tahun En Fauzi suka cari bazar mana yang ade jual ayam golek madu & siput sedut masak lemak yang sedap. Dua menu ni memang tak pernah tinggal setiap kali bulan puasa bagi En Fauzi. Ayam golek madu tu senang lah nak cari, mana-mana bazar tentu ade. Cuma masak lemak siput sedut tu susah betul nak cari, kalau ade pun harga yer buat pikir 2, 3 kali nak beli atau tak. Tapi bila dah dikatakan teringin sangat belikan lah juga, nanti sepanjang hari puasa terliur pulak..

Buat masa ni emi & En Fauzi suka pergi bazar ramadhan kat Andalas, Klang. Jauh kan dari Meru ke Andalas, baik pergi Shah Alam jer lagi senang. Dengan jalan jammed lagi kat bandar klang. Tapi kat situ boleh tahan jugak semua ade, yang paling penting ade ayam golek madu!! hehehe..  Favourite En Fauzi tu. Lagi pun lokasi dekat dengan rumah MIL atau mama, jadi lepas berbelanja kat bazar tu boleh terus berbuka rumah MIL atau mama. Kalau pergi bazar Shah Alam dah lah terlalu besar, parking pun terpaksa jauh-jauh. Nak balik pn dah letih sebab berjalan jauh, penat-penat. Jadi baik pergi yang dekat jer. Senang cerita kan???

Monday, 1 August 2011

Hamizan One Year

Hamizan dah setahun pd 16 Jun 20011 lepas. Makin besar ni, makin nakal lah plak. Lagi-lagi bila dah mula berjalan ni. Asyik nak berjalan jer, tak kira tempat & waktu. Kadang-kadang tu geram gak, tapi rasa kelakar pun ade. Iyelah, badan tu dah lah kecik jalan pun terkedek-kedek. Serupa penguin pn ade lah bila tengok Hamizan jalan ni.. hehehe
Jamuan harijadi Hamizan emi buat kecil-kecilan aje,setakat jemput keluarga terdekat. Hamizan yang pertama kalau tak buat jamuan, macam tak patut pulak. Menunya emi minta tolong MIL masakan nasi ayam, emi memang suka nasi ayam dia. Sedaplh sebab tu minta tolong buatkan. Hehe, emi memang suka amik kesempatan yang ade.  Kuih-kuih emi tempah kat jiran mama, kuih talam & kuih seri muka. Emi ada jugak tambah-tambah goreng nugget, sosej & chicken meatball. En Fauzi plak ade kad diskaun Domino's Pizza, jadi dia belanja 6 keping piza hari tu. Punyalah banyak mkananan, tambah lagi mama bawa popia goreng, makin penuhlah meja hidang. Adik emi (Efi) ade kawan keja kat kedai buah kot, dia boleh dapatkan emi buah anggur 1box dengan harga murah.. Ok lah tu kan, xyah nk beli kat kedai lagi. Beli kat dia, delivery lagi tu. hehehe

Kek Hamizan lain pulak citer yer, penat emi survey semua kedai kek area meru ni yang ade jual kek ais krim. Ade yang jual tapi tak boleh edible, ade kedai yang boleh buat edible tp ade tak ade kek ais krim. Bab kek ni emi kalau boleh memang nak kek ais krim, tapi nak jugak letak pic Hamizan kat situ. Cerewet lah kan emi ni. Maklumlah anak sulong, kalau boleh semua yer kita nak sempurna. Last-last emi order dekat Secret Recipe, Setia Alam. Kek Choc Indulgence. Memang sedap & puas hati. Nak tempah edible pun xsusah, emi cuma perlu isi borang & buat bayaran,  kemudian email ke SR image Hamizan. Pastu SR akan call confirm kan dia terima email tu. Senang sangat. Ceh, puji lebih-lebih lah pulak, macam ade share jer..  hehehe..

En Fauzi belanja Pizza Domino's

Ayam Goreng (nasi ayam) Nugget, Chicken Meatball & Sosej
Kuih Talam, Seri Muka & Popia Goreng

Kek Comel Hamizan

Hamizan memang happy sangat masa tu, mengantuk pun masih nak main lagi. Rumah dah penuh, sepupu-sepupu ramai datang, meriahlah sangat.. Lagi-lagi bila dapat hadiah dari pakcik-pakcik & makcik-makcik.
Antara hadiah yang Hamizan dapat
Hadiah favourite dr pak ngah

Lebih kurang pukul 6 petang FIL mula bersurai. Mama awal-awal dah balik, tapi sebelum balik sempat emi minta MIL bungkuskan nasi ayam & kuih-kuih sikit. Penatlah gak tapi seronok yang lebih. Hamizan pun sama seronok, malam tu asyik nak main beskal dia jer.. ^,^