me & you

me & you

Monday, 1 August 2011

Hamizan One Year

Hamizan dah setahun pd 16 Jun 20011 lepas. Makin besar ni, makin nakal lah plak. Lagi-lagi bila dah mula berjalan ni. Asyik nak berjalan jer, tak kira tempat & waktu. Kadang-kadang tu geram gak, tapi rasa kelakar pun ade. Iyelah, badan tu dah lah kecik jalan pun terkedek-kedek. Serupa penguin pn ade lah bila tengok Hamizan jalan ni.. hehehe
Jamuan harijadi Hamizan emi buat kecil-kecilan aje,setakat jemput keluarga terdekat. Hamizan yang pertama kalau tak buat jamuan, macam tak patut pulak. Menunya emi minta tolong MIL masakan nasi ayam, emi memang suka nasi ayam dia. Sedaplh sebab tu minta tolong buatkan. Hehe, emi memang suka amik kesempatan yang ade.  Kuih-kuih emi tempah kat jiran mama, kuih talam & kuih seri muka. Emi ada jugak tambah-tambah goreng nugget, sosej & chicken meatball. En Fauzi plak ade kad diskaun Domino's Pizza, jadi dia belanja 6 keping piza hari tu. Punyalah banyak mkananan, tambah lagi mama bawa popia goreng, makin penuhlah meja hidang. Adik emi (Efi) ade kawan keja kat kedai buah kot, dia boleh dapatkan emi buah anggur 1box dengan harga murah.. Ok lah tu kan, xyah nk beli kat kedai lagi. Beli kat dia, delivery lagi tu. hehehe

Kek Hamizan lain pulak citer yer, penat emi survey semua kedai kek area meru ni yang ade jual kek ais krim. Ade yang jual tapi tak boleh edible, ade kedai yang boleh buat edible tp ade tak ade kek ais krim. Bab kek ni emi kalau boleh memang nak kek ais krim, tapi nak jugak letak pic Hamizan kat situ. Cerewet lah kan emi ni. Maklumlah anak sulong, kalau boleh semua yer kita nak sempurna. Last-last emi order dekat Secret Recipe, Setia Alam. Kek Choc Indulgence. Memang sedap & puas hati. Nak tempah edible pun xsusah, emi cuma perlu isi borang & buat bayaran,  kemudian email ke SR image Hamizan. Pastu SR akan call confirm kan dia terima email tu. Senang sangat. Ceh, puji lebih-lebih lah pulak, macam ade share jer..  hehehe..

En Fauzi belanja Pizza Domino's

Ayam Goreng (nasi ayam) Nugget, Chicken Meatball & Sosej
Kuih Talam, Seri Muka & Popia Goreng

Kek Comel Hamizan

Hamizan memang happy sangat masa tu, mengantuk pun masih nak main lagi. Rumah dah penuh, sepupu-sepupu ramai datang, meriahlah sangat.. Lagi-lagi bila dapat hadiah dari pakcik-pakcik & makcik-makcik.
Antara hadiah yang Hamizan dapat
Hadiah favourite dr pak ngah

Lebih kurang pukul 6 petang FIL mula bersurai. Mama awal-awal dah balik, tapi sebelum balik sempat emi minta MIL bungkuskan nasi ayam & kuih-kuih sikit. Penatlah gak tapi seronok yang lebih. Hamizan pun sama seronok, malam tu asyik nak main beskal dia jer.. ^,^

No comments:

Post a Comment