me & you

me & you

Wednesday, 28 December 2011

My Birthday Present.. ^_^

Salam semua,

Alhamdulilah, Hamizan dah sihat sepenuhnya lepas seminggu cirit-birit dan muntah-muntah. Sukatan dan waktu  menyusu pun dah macam biasa. Ada hikmahnya jugalah Hamizan sakit ni sebab baik jer dari sakit, selera makan dia bertambah-tambah. Kadang-kadang tu penat nak layan, asik nak makan jer. Biskut dah memang wajib ade kemana emi pergi. Dia lapar tak tentu masa, mulut tu nak mengunyah aje. Kita yang tengok, penat. Hehe.. Tapi takpelah, asalkan dia nak makan. Mama lagi senang hati..

My new phone.. Thanks my dear En Fauzi :)
Inilah yang emi dapat sempena harijadi yang akan datang tahun depan. Sebenarnya harijadi emi awal bulan Januari, En Fauzi saja beri awal memandangkan phone emi memang dah out of service. Hehehe.. Mungkin harga tak seberapa dan tak mahal, tapi ia amat berharga bagi emi disebabkan ia hadiah harijadi dari yang tersayang. Lagipun kehadirannya di waktu yang memerlukan, maklumlah phone lama dah rosak tak boleh nak guna lagi. Untung juga harijadi awal tahun ni, sebab orang dapat bonus hujung tahun jadi duit tu adelah lebih-lebih sikit. Hehehe.. Apapun terima kasih banyak-banyak pada En Fauzi, ia sangat-sangat bermakna.. ^_^

Monday, 26 December 2011

Tanah Tinggi Genting (Part II)

Selepas sampai di atas Genting, kami terus menuju theme park. Tapi bulan Disember ni cuaca pun suram jer, keadaan tak sesuai untuk bermain outdoor. Permainan outdoor pun banyak yang ditutup. Takpelah masih boleh main indoor. Cuaca memang sejuk sangat, kabus tebal & jarak penglihatan terbatas. Permainan indoor memang sesuai cuma suasana terlalu sesak. Maklumlah cuti sekolah, semua orang rancang bercuti dihari minggu juga, bukan emi sekeluarga saja.

Lebih kurang jam 2 petang bila kaki dah mula penat & perut pun dah lapar, kami turun dari Genting. Keadaan terlalu sesak membuatkan sukar nak main permainan yang ade, Hamizan pun dah mula meragam lapar & mengantuk. Sekali lagi naik kereta kabel untuk turun, mujur kali ini tak naik dengan Kak Eja, kalau tak emi mesti gelakkan dia lagi.. Hehehe.. Kak Eja dah booking di Genting View Resort, dan terus check in di resort tu. Selepas makan masing-masing ambil masa ni untuk berehat dan tidur. Dah kenyang & sejuk memang sedap tidur. Petang tu kami luangkan masa dengan bermain Saidina Danny (anak abg ngah). Lebih kurang jam 8 malam kami bergerak naik ke Genting lagi, tapi kali ni naik dengan kereta. Senang sikit, tak perlu lagi jalan jauh untuk ke kereta kabel. Tapi masalah yer bila terpaksa berjalan jauh untuk parking pula, hehe... Ingat senang, rupanya sama jer.

Layan Saidina dulu..

Cuaca di malam hari lagilah teruk dari siang tadi. Kabus makin tebal, bawa kereta memang kena berhati-hati sebab tak berapa nampak jalan. Emi tengok ade juga kemalangan masa nak naik ke Genting malam tu. Jalan dah lah gelap, selekoh tajam sana sini, memang bahaya. Kami parking di First World Hotel, alah tumpang parking jer untuk masuk indoor balik. hehe.. Bila malam ni barulah kurang sikit sesaknya, bolehlah kalau nak main lebih sikit dari siang tadi. Sempat juga main bowling tu, hehe.. Balik resort lebih kurang 1 pagi, memang penatlah. Berjalan jer 1 hari ni, dapat bantal jer terus hilang. Mujur Hamizan pun tak meragam langsung malam tu, mana tak yer tidur sejuk-sejuk macam dalam air cord memang dia tak kan bising 1 malam.

Ripleys Believe it or not di Genting Highland
Liberty pun ade gak???
Genting Walk
It's time for bowling..
Peace, yo...


Pagi besoknya sebelum balik sempat berjalan-jalan di Genting Strawberry Farm. Sempat juga beli buah tangan untuk dibawa balik. Fify dan Kak Eja sempat jugalah petik buah strawberry sendiri. Emi bukan tak mahu petik strawberry juga, tapi Hamizan nakal sangat, asik berlari-lari jer. Baik kita tengok jelah, boleh juga tengok-tengok Hamizan yang tak tahu penat tu. Seronok tau masuk ladang strawberry ni, bukan setakat masuk tengok buah strawberry & petik strawberry jer. Ade juga taman bunga, sikit pengetahuan tentang lebah, buah gergasi, dan juga gerai-gerai cenderahati. Rugi rasanya kalau tak masuk, bukan kena bayar pun. Lepas puas bershopping di gerai-gerai cenderahati di ladang strawberry tu, kami mula turun balik dari Genting. Emi terus ke rumah mama sebab nak hantar Fify balik baru balik ke Meru, abang ngah pula terus balik ke Banting dan berpisah di lebuh raya di Shah Alam.

Memang seronok sangat sepanjang emi di Genting. Merasalah pengalaman yang belum pernah emi rasa macam naik kereta kabel dan merasa berjalan dalam kabus tebal, rasa macam kat luar negara pulak. hehe... Mungkin faktor cuaca yang teruk dan suasana terlalu sesak dengan orang ramai menyukarkan nak mencuba semua permainan, tapi sekurang-kurangnya dapat juga rehatkan fikiran bila keluar dari rumah ni. Takde asik terpengap duduk rumah jer. Seronok.. Memang seronok, lagi-lagi atas tajaan orang, hehe...










Tanah Tinggi Genting

Salam semua,

Sepanjang minggu ni emi agak sibuk sikit, sampai tak sempat nak update blog ni. Hamizan pun tak sihat, cirit-birit dan muntah-muntah. Sedih pula tengok Hamizan jadi macam ni, sampaikan badan dia lemah. Merengek dia jangan cakaplah, setiap masa menangis jer. Nak cakap salah makan tak juga, sepanjang minggu ni emi sekeluarga memang makan kat rumah je. Apa yang emi masak dan makan itulah yang Hamizan makan. Lepas pergi klinik, emi dapat nasihat dari doktor suruh bacuh susu untuk Hamizan cair sikit & kurangkan beri Hamizan susu buat sementara ni. Mungkin berpunca dari susu Hamizan sakit. Pelik juga, jenama susu yang Hamizan minum sekarang ni bukan baru bagi Hamizan. Dah dekat stahun lebih Hamizan minum susu jemana ni, kenapa sekarang baru Hamizan sakit? Tapi memang berkesan apa yang doktor nasihat tu, selain makan ubat. Hamizan dah mula beransur sihat, lincah macam sebelum ni. Walaupun masih cirit lagi, tapi takadelah kerap macam sebelum ni.

Hari ahad minggu lepas emi dan keluarga abang ngah emi di Banting pergi bercuti di Genting Highland. Sebenarnya atas tajaan abang & kakak ipar, barulah dapat pergi bercuti ni. Hehehe.. Mereka taja hotel & makan, yang lain tiket masuk taman tema & minyak kereta tentulah atas tanggungan individu. Tak kan itu pun nak suruh mereka bayarkan, melampau betul tu.. hehe.. Pagi minggu tu emi bertolak dari rumah jam 7pagi, sebab dah janji dengan abang ngah jumpa di Gombak jam 8.30 pagi. Emi sampai awal, kerana KL pagi minggu ni jalan lengang jer. Abang ngah pula sampai lepas 15minit emi tunggu dia, terus bergerak ke destinasi.

Team Kereta Skyline ni pun konvoi naik Genting kot.

Pagi tu abang ngah rancang nak naik kereta kabel Genting Skyway. Emi memang yang no 1 suka sgt, memang dah lama teringin nak naik kereta kabel ni. Sampai di parkir terminal kereta kabel tu, kami sempat sarapan dulu. Udara memang sejuk sangat. Ini baru di kawasan kereta kabel, belum lagi di atas genting. Semua dah mula pakai baju tebal, termasuk emi. Lagi - lagi pagi tu cuaca redup jer berkabus, makin dinginlah angin yang bertiup. Atas kereta kabel emi tak tahan tengok kakak ipar (Kak Eja) emi yang jerit takut, hehehe.. Makin tinggi kereta kabel naik, makin kuat jerit dia.. hahaha.. betul-betul tak tahan.

Genting Skyway
Memang seronok naik kereta kabel ni..   ^ _^

Kat atas berkabus lagi, walaupun jam dah pukul 10pagi


Ni dia orang yg  paling meriah atas kereta kabel ni, yang baju oren tu adik bongsu emi (Fify)
Dah sampai atas Genting






Tuesday, 13 December 2011

Berkelah @ Ulu Yam

Salam semua,

Ahad lepas En Fauzi ajak berkelah di Ulu Yam. Emi yang rasa memang dah lama sangat tak pergi berkelah, rasa seronok sangatlah bila En Fauzi ajak berjalan ni. Tapi dengan kawan-kawan tempat kerja dia. Xpelah, janji emi dapat berkelah & mandi sungai. Hehehe.. Berkelah ramai-ramai ni senang sikit, semua tugas dah bahagi awal-awal lagi. En Fauzi hanya diberi tugas bahagian pencuci mulut & air. Kawan-kawan En Fauzi plak ade tugas masing-masing. Mazli buat perapan ayam untuk buat BBQ, Rizal bawa mihun goreng & Taufik pula bawa barang-barang persiapan untuk BBQ nanti.

Emi hanya buat kek yang emi pandai jerlah, yang lain emi minta En Fauzi beli (kek pisang, & buah tembikai) air pula emi bancuh air anggur. Tapi sayang lah emi lupa nak snap pic makanan, tak dapat lah emi nak kongsi apa yang emi jamu di sana.

Rizal tgh sibuk memanggang ayam

En Fauzi & Hamizan sibuk meratah ayam, org lain masih sibuk membakar lg tu.. xpatut!! hehe

Emi bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9 pagi, sebab En Fauzi dah janji pukul 10 berkumpul di Empangan Batu, Ulu Yam. Tapi masing-masing datang lewat, ade yang tersesat tak pernah sampai Ulu Yam, tapi ade jugak yang memang datang lambat walaupun rumah dia paling dekat. Cuma Mazli jer ikut timing betul, sama-sama sampai tepat waktu. Inilah kelemahan konvoi yang memang emi tak suka. Kalau semua tak ikuti masa baik pergi asing-asing, takde lah nak menunggu yang lewat tu. Geram pun ade gak, tapi nak buat macam mana, dah orang yer memang lembab!!

Sampai di Ulu Yam pulak, sibuk nak cari tapak nak dirikan khemah, senang nak tukar baju. Tak perlu lah berjalan jauh ke tandas. Khemah tu pun satu hal, En Fauzi beli last minute. Besok nak gerak pergi berkelah baru malam tu nak beli khemah. Emi cakap awal-awal suruh beli khemah sementara ade diskaun, dia tak nak dengar. Bila dah habis diskaun baru sibuk cari khemah mana yang murah. Apa-apa jelah.. huhuhu...

Urusan membakar arang untuk jadi bara, panggang ayam semua kerja Taufik, Mazli & Rizal. En Fauzi sibuk pasang khemah. Orang perempuan tolong tengok jer lah. hehehe.. Hamizan pulak memang tak tahu duduk diam dalam hutan tu, sibuk nak pusing sana sini, panjat kayu lah, main tanah lah. Ade aje kerja tak rasmi dia, buat  kita sama tak boleh duduk diam.

 Bila semua dah siap, semua buka bekal masing-masing. Makan ramai-ramai macam ni memang seronok, walaupun baru jumpa pertama kali dengan kawan-kawan En Fauzi & pasangan masing-masing. Hamizan ade kawan, anak Rizal yang sebaya Hamizan.. Comel betul Alya, suka main kejar-kejar dengan Hamizan. Tapi masa ni pulak Hamizan lari, malu dengan awek kot. hehehe... Memang tak boleh jadi Romeo lah anak mama ni..

Lepas makan emi ajak En Fauzi bawa Hamizan terjun sungai, tapi biasalah cuti sekolah macam ni ramai orang. Semua datang cepat nak cari port baik, sapa lambat duduk hujung-hujung jelah.. Hamizan paling excited bila nampak air, tapi dia yang menangis kuat bila masuk dalam air. Sejuk sangat kot, maklumlah hari pun mendung jer. Bila dah lama-lama rendam kaki dia dalam air, baru dia boleh main kocak-kocak air. Baru nak masuk dalam pelampung. Kalau tak asyik menangis aje, langsung tak nak lepaskan En Fauzi. Tapi kesian pula kita nak biarkan dia main air lama-lama, bibir dah biru & tangan dah mengigil kesejukan. Emi terus angkat Hamizan naik atas. Sejuk-sejuk, lagi baru naik berendam tentu lapar kan, Hamizan makan banyak betul ayam panggang. Memang sedap pun!!!  

Hamizan menangis masa mula-mula masuk air
"saya dah berani tau!!!"

 Dalam pukul 2 petang, masing-masing dah penat, barulah berkemas nak balik. Tapi sebelum balik sempat lagi tu singgah di rumah Rizal, kat Selayang. Duduk minum sambil berbual rancang nak bercuti mana pulak lepas ni. Pukul 5 petang baru bergerak balik, En Fauzi ajak pergi Seri Kembangan pulak untuk bayar yuran kelas dia. Lepas tu balik pulak Telok Gong, baki kek yang ade ni emi bagi semua pada mak En Fauzi. Uishhh... penat betul hari ni, tp seronok sangat. Besok masing-masing bangun lambat & bila bangun semua sakit badan.. hehehehe...

Rizal & Fiza, masa ni Alya tidur.. xde pic Alya
Mazli & Suzie, pengantin baru ni.. hehe
Taufik & Munirah, yang ni jer belum kahwin..
Emi cuba cover muka tension bila tunggu org lmbat sampai.. hehehe
dh boleh senyum :-).... heehe

Friday, 2 December 2011

Selamat melihat dunia Dania.. :-)

Salam semua,
26 November lepas kakak ipar emi (Akak Nurul) selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel di Pantai Klang Medical Center jam 12.56 pm. Berat baby 3.25kg, bg emi agak besar lah berbanding Hamizan dulu cuma 2.50kg jer. Ayu Dania Qariena nama diberi secomel orangnya. Tapi kesian gak baby ni, belum lagi berjumpa dengan abahnya. Maklumlah sekarang abang long emi bekerja di Sabah, kalau nak balik on the spot tiket flight pulak dah habis orang booking. Lagi-lagi waktu cuti sekolah macam ni. Nak tak nak terpaksa booking dan tunggu cuti tahun baru nanti baru boleh balik sini. Sekali buat kenduri Aqiqah & cukur jambul Dania.

Dania & Mak Lang
Akak Dina & Abg Danish suka sgt dpt adik lg.. :-)
Mama nak minta emi tolong buatkan doorgift (home made chocolate) untuk kenduri Dania ni nanti.  Sebelum ni emi memang dah pernah buat, mama pn dah rasa. Sedaplah agaknya kalau dia dah booking untuk kenduri ni, emi boleh buat cuma tak pernah lagi buat dalam kuantiti yg banyak jer. Apapun insyallah, emi akan usahakan. barang-barang pun senang nak cari, tak ade masalah. Untung Dania, coklat mak lang boleh buatkan. Dulu masa kenduri Aqiqah Hamizan, emi tempah khas coklat utk bg tetamu. Masa tu tak tahu lagi nak buat coklat sendiri, barang-barang pn tak tahu mana nak cari. Sekarang ni dah senang, bila-bila nak makan coklat bersih & halal buat jer sendiri. Kan?? Lain-lain barang untuk di isi paper bag nak beri setiap tetamu, awal-awal mama dah beli sebelum Dania lahir. Mama tak mahu buat last minute, nanti ade jer barang tercicir.

 Sekarang cuma tunggu abah Dania balik dari Sabah, baru  rancang lauk apa nak order pada catering nanti. Menu utama tentulah kari kambing, hehe.. Dah nama pun kenduri Aqiqah, tentu ade kambing kena korban kan..

    
Emi dh gemuk, mcm emi plak yg dlm pantang.. hehehe

Wednesday, 19 October 2011

Gembiranya Dia... :-)

Salam semua,

Kali ni emi tak mahu cerita lebih, tengok gambar tu ajelah yer.. hehehe..

Papa bawa Hamizan ke taman permainan










Tuesday, 4 October 2011

Selamat Harijadi Papa

Khamis lepas (29 Sept 2011) ialah harijadi En Fauzi. Emi dah rancang awal-awal, minta En Fauzi ambil cuti hari tu. Emi nak ajak pergi berkelah ke Ulu Yam, boleh potong kek sekali. Kalau tak dapat pergi ke Ulu Yam, berkelah tepi Tasik Shah Alam pun jadilah. Tapi En Fauzi tak mahu, dia kata lain kali lah pergi, tak perlu sampai nak cuti sambut harijadi dia. Alah.. Tak best lah kalau hari yang datang setahun sekali ni dibiarkan aje. Nak tak nak sambut kat rumah aje lah, dah En Fauzi berkeras nak kerja jugak. Kecewa.. Tapi takpelah, nanti-nanti dapat potong kek gak. Emi masak pun mana yang emi pandai jer untuk malam tu, tapi makanan kegemaran En Fauzi jugak (resepi MIL lah lagi, hehehe....) Tapi lupa pulak nak snap picture makan malam tu. Petang tu emi ade juga buat muffin coklat kukus & kek batik. Mana tau besok En Fauzi tukar fikiran ajak pergi berkelah, takyah susah-susah nak buat kuih lagi cuma tambah mee atau mihun goreng jer. Tapi takde pn, kecewa lagi.. huhuhu... Sudah yer emi hantar ke rumah mama & MIL jer muffin dan kek batik tu.. Habis cite!! :-)

Muffin Coklat Kukus

Tengok tu, tangan Hamizan tak sabar nak amik muffin.. :-)
Kek Batik Ringkas
Cuba masukkan dlm kertas, tp makin leceh pulak.. hehe

Wednesday, 28 September 2011

Senyum sepanjang hari (",)

Salam semua.. Hari emi tak ade cerita nak kongsi pun, cuma nak post beberapa jenaka yang boleh buat kita tersenyum sepanjang hari. Kita sena selalu senyum untuk elak kulit muka cepat kedut. Kalau muka cepat kedut, maknanya cepatlah kita tua. Hehehe..Enjoy yer..


Jenaka 1:
Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan
10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^& (^^,) haha
 Jenaka 2 
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Subject : Abang telah selamat sampai
Date : 30 Nov 2010
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Moral of the story: Semak betul-betul alamat email yang dihantar.
;P
Jenaka 3
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Nurul geram melihat suaminya Helmi yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Helmi. Sambil berjalan keluar dia berkata,

"Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!"

Helmi tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya....
Helmi: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Nurul: Ya, saya percaya.
Helmi: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. 
"Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan"?
Nurul: Sebab saya yang raba punggung wanita tu.
 
"Kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali. Kalau kita senyum, semua akan berjangkit. Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit. (",)

Tuesday, 27 September 2011

Bantulah adik Nur Hannah Mohamed Helmi

Salam semua, kat FB tadi ade member share link nie....sebagai blogger rasanya tak salah kalau kita panjangkan email ibu kanak2 ini. Walau wang ringgit tak mampu kita beri, dengan berkat doa kita semua Insyaallah anak comel ini akan kembali sihat dalam dakapan orang tua nya....nie emi lampirkan email dari ibu dia yea...

***********************************************************

KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen
Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

*****************************************************

sebagai seorang wanita yang juga seorang ibu....emi turut terasa sedih dan pilunya...
hanya bantuan solat hajat yang ibunya perlukan....moga kita diberi ruang walau sedikit untuk melakukannya....pohon kengkawan semua share email ini....thanks...